Coding Coaching

Hai semua,
Apa khabar?

Nama saya Mohammad Nurdin bin Norazan dan saya merupakan pengajar untuk subjek pengaturcaraan.

Sejak awal bulan Ogos 2019, saya telah memulakan secara langsung mengenai pengaturcaraan di Youtube secara percuma kepada umum.Walaubagaimanapun saya tidak dapat memberi tutorial ini secara percuma kepada private dan group coaching kerana memerlukan lebih usaha dan masa.

Namun, saya boleh mengenakan caj yang lebih rendah berbanding sumber dan training yang lain kepada private dan group coaching melalui secara langsung di Youtube. Jika anda berminat, anda boleh whatsapp saya di nombor yang tertera di bawah.

Saya boleh menawarkan beberapa jenis pengaturcaraan kepada private dan group coaching seperti yang tersenarai :

1. PHP Laravel.
2. React JS.
3. React Native.
4. Ionic.
5. Android (Java).
6. IOS (Swift).
7. Python.
8. Data Science menggunakan Python & Tensorflow.

Saya mengajar semua jenis pengaturcaraan seperti yang disediakan di atas di mana beberapa pelajar boleh belajar bersama saya secara serentak.

Pendapatan yang saya perolehi dari pembelajaran ini dapat membantu saya untuk menghasilkan lebih banyak isi kandungan yang lebih baik dan dapat menumpukan lebih banyak masa dan usaha untuk mengajar pengaturcaraan kepada umum.

Jelas sekali terdapat had untuk berapa ramai orang yang saya boleh mengajar secara peribadi, jadi saya tidak dapat memberi jaminan berapa lama tawaran ini akan dibuka. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai perkara ini, anda boleh whatsapp saya di nombor yang tertera di bawah.

Terima kasih kepada semua atas sokongan yang telah anda berikan kepada saya selama ini.

FAQ

1. Bagaimanakah pengajaran dijalankan?
Saya membuat group Telegram untuk pelajar yang akan mengambil topik tertentu pada masa tertentu. Apabila anda mendaftar, anda boleh memilih bila hari untuk anda belajar. Kemudian, saya akan buat secara langsung di Youtube. Selepas sesi coaching, saya akan menyediakan bahan pembelajaran (nota & source code) juga bantuan peribadi kepada setiap pelajar melalui Telegram.

2. Berapa kos yang diperlukan?
Ia bergantung kepada anda sama ada memerlukan private coaching atau tidak, atau jika anda ingin menghadiri group coaching dengan pelajar-pelajar yang lain. Private coaching adalah RM200 dan pembelajaran secara berkumpulan adalah sebanyak RM40 untuk satu sesi. Saya mencadangkan anda mengambil sekurang-kurangnya satu sesi seminggu, atau tidak lebih dari dua minggu.Walaupun anda hanya mengambil satu sesi setiap bulan, atau satu sesi setiap minggu, saya yakin anda akan dapat banyak belajar.

3. Berapa banyak pelajar yang akan anda ambil?
Maximum 50 orang untuk satu sesi.

4. Berapa banyak pelajaran yang akan berlaku? Berapa lama masa yang diperlukan untuk saya belajar?
Ini bergantung kepada anda. Saya mempunyai 9 tahun pengalaman dalam pengaturcaraan (profil saya http://www.revivalx.com/my/). Coaching adalah secara terbuka, lebih banyak coaching yang di ambil, lebih banyak anda akan dapat belajar.

5. Saya tidak mampu membayar.Bolehkah anda membantu saya belajar?
Sudah tentu. Anda boleh melayari blog (https://mnurdin.com/) dan subscribe di Youtube Channel (Mohammad Nurdin).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain yang tidak disenaraikan di sini, anda boleh whatsapp saya di nombor seperti yang tertera di bawah.

Whatsapp saya sekarang >>> https://bit.ly/37TImGs
Whatsapp saya sekarang >>> https://bit.ly/37TImGs
Whatsapp saya sekarang >>> https://bit.ly/37TImGs